Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, April 18, 2010


Makna Cinta Dalam Islam.......


Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi
bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?
Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati,
carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan
Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.
Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah
mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah
Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri
dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang
hayatnya. setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran
pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri
persamaan antara keduanya bagi melancarkan
hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati.
Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.
Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian
citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku, hasrat
dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat
membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada
saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah
antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin
berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat
dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif.
Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami.
Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang
keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar
meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula
berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa.
Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu
yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya.
Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia
menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari
alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang
selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois
akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis.
Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi.
Jika setiap pasangan mengharapkan cinta
mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang
dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan.
Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu
akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya.
Selami keikhlasan pasangan anda seadanya!
Selamat Mencube Menilai!!! : )

p/s: Senyum2 la slalu!!! : )


No comments:

Post a Comment